Monday, May 4, 2009

PAS: ULAMA VS PROLIB(ERDOGAN)

Tahun ini, Muktamar Pas ke 55 bakal berlangsung Jun ini di Shah Alam, Selangor. Muktamar tahun ini nampak seolah-olah panas dengan pertandingan jawatan-jawatan utama seperti Timbalan presiden dan Naib presiden parti. Yang menariknya nama seperti YB Nizar sudah mula bermain dibibir ahli Pas, malah sudah pun dicalonkan untuk jawatan Naib presiden. Golongan profesional sudah mula mendapat tempat di kalangan ahli akar umbi , sehingga sudah pun dicalonkan.

Semoga pertandingan merebut jawatan janganlah sehingga memecahbelahkan parti serta membenarkan anasir-anasir "syaitan" seperti rasuah/politik wang dan lobi melobi berlebihan bertapak dalam parti yang menegakkan syiar Islam. Ingatlah bahawa pertandingan ini hanyalah sebagai ingat-meningati satu sama lain. Kerana seseorang itu menjadi PEMIMPIN, ianya bukan ditangan kita manusia yang serba lemah tetapi adalah kehendak Illahi. Hanya Allah sahaja yang menjadikan kita pemimpin dan meletakkan tanggungjawab kepada kita.

Perebutan kali ini membariskan golongan Ulama vs golongan liberal/profesional(prolib). Dua golongan yang pastinya berbeza pendirian dalam mempertahankan atau penghujahan tentang sesuatu isu agama. Agama itu syumul dan meliputi segala aspek kehidupan dari "A to Z". Golongan profesional/liberal yang baik amal ilmunya tentang agama tidak salah diangkat menjadi pemimpin dengan izinNya. Manakala golongan ulama terdapat pelbagai kategori, jangan kita tertipu dengan "kopiahnya". Baik golongan Ulama atau prolib, AKU berdoa supaya mereka yang dipilih oleh Allah nanti biarlah yang baik budi pekertinya dan amalannya. Hanya padamu ya Allah aku berserah, dan selepas pemilihan nanti hendaklah kita merapatkan semula saf kita demi kerana Allah yang maha Esa.

Sekian

No comments:

Post a Comment

 

Blog Stats