Monday, May 4, 2009

PAS: ULAMA VS PROLIB(ERDOGAN)

Tahun ini, Muktamar Pas ke 55 bakal berlangsung Jun ini di Shah Alam, Selangor. Muktamar tahun ini nampak seolah-olah panas dengan pertandingan jawatan-jawatan utama seperti Timbalan presiden dan Naib presiden parti. Yang menariknya nama seperti YB Nizar sudah mula bermain dibibir ahli Pas, malah sudah pun dicalonkan untuk jawatan Naib presiden. Golongan profesional sudah mula mendapat tempat di kalangan ahli akar umbi , sehingga sudah pun dicalonkan.

Semoga pertandingan merebut jawatan janganlah sehingga memecahbelahkan parti serta membenarkan anasir-anasir "syaitan" seperti rasuah/politik wang dan lobi melobi berlebihan bertapak dalam parti yang menegakkan syiar Islam. Ingatlah bahawa pertandingan ini hanyalah sebagai ingat-meningati satu sama lain. Kerana seseorang itu menjadi PEMIMPIN, ianya bukan ditangan kita manusia yang serba lemah tetapi adalah kehendak Illahi. Hanya Allah sahaja yang menjadikan kita pemimpin dan meletakkan tanggungjawab kepada kita.

Perebutan kali ini membariskan golongan Ulama vs golongan liberal/profesional(prolib). Dua golongan yang pastinya berbeza pendirian dalam mempertahankan atau penghujahan tentang sesuatu isu agama. Agama itu syumul dan meliputi segala aspek kehidupan dari "A to Z". Golongan profesional/liberal yang baik amal ilmunya tentang agama tidak salah diangkat menjadi pemimpin dengan izinNya. Manakala golongan ulama terdapat pelbagai kategori, jangan kita tertipu dengan "kopiahnya". Baik golongan Ulama atau prolib, AKU berdoa supaya mereka yang dipilih oleh Allah nanti biarlah yang baik budi pekertinya dan amalannya. Hanya padamu ya Allah aku berserah, dan selepas pemilihan nanti hendaklah kita merapatkan semula saf kita demi kerana Allah yang maha Esa.

Sekian

Saturday, May 2, 2009

ISLAM: A Hadith A Day.

Revelation

Volume 1, Book 1, Number 1:

Narrated 'Umar bin Al-Khattab:

I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

Sahih Bukhari

Monday, March 30, 2009

Open Letter to the Incoming Prime Minister - Malaysian Think Tank

MARCH 31 - We at the Malaysia Think Tank look forward to your upcoming appointment. We apologise for not being able to address you by name yet, as that would transgress the prerogative of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong.

Your judgment and wisdom will affect the fate of our democracy and the future of 27 million Malaysians.

We urge and beseech you to lead Malaysia to greater heights in your new office by pursuing the ideals espoused by our Proclamation of Independence and other founding documents, and by continuing the narrative towards freedom and prosperity that our various histories have woven to get to where we are today.

We implore you to act upon the following:

1. Defend the rule of law. Observe, protect and advance the Rule of Law, by: respecting the independence of the judiciary; restoring dignity to our courts; and upholding the Supremacy of the Constitution so that Malaysians from every background may understand and uphold it too

2. Liberate the people. Free the people from the despair of poverty and the crutches of dependency, by: encouraging entrepreneurship, cutting bureaucracy and ensuring that the tax regime does not stifle growth and innovation; allowing individuals to mature and develop, to
make mistakes and learn from them, and to be able to work and play in an environment that suits them best; and by allowing Malaysians to Believe in God and to be Loyal to King and Country in their own manner

3. Limit the role of government. Reinforce our federal structure, by: acknowledging that central government does not have the answers to everything; restoring the rightful powers of the state governments; further decentralising power where it will result in greater competition and efficient delivery of services; and to gain the cooperation of states run by different political parties

4. Free the market. Uphold our inclination towards free markets; let the rakyat access the goods and services they prefer without the protectionism that cripples competition; and recognise that the welfare of the people can be advanced with the help of civil society collaborating with the private sector

We believe passionately and resolutely that effective leadership and urgent action on your part on these four principles will unite the people and ensure continued peace and prosperity, and enable Malaysia to become the envy of the world, so that every Malaysian citizen can confidently say, as YTM Tunku Abdul Rahman so proclaimed upon the ancient fields of Malacca, that we are a nation "founded upon the principles of liberty and justice".

The Malaysian Think Tank is a collection of individuals.

Source.

Friday, March 27, 2009

HARI-HARI YANG SIBUK

SUDAH lama tidak menulis di blog AKU. Terlalu menumpukan perhatian terhadap pelbagai perkara. Antaranya Perhimpunan Agung UMNO 2009 dan pemilihannya. Tentang perkara UMNO ini nanti AKU ulas dalam "posting" yang lain. Buat masa sekarang lebih baik AKU tumpu urusan perniagaan. Nanti AKU kelaparan pula.

Ekonomi yang kian merudum, membuatkan AKU terpaksa menumpukan lebih masa untuk perniagaan yang dijalankan. Dalam tengah tenat ini, tiba-tiba urusan perniagaan berbentuk MLM yang dikenali sebagai Ceramic Club di ketengahkan oleh sahabat AKU. Menarik juga programnya berbanding MLM yang lain. Cumanya pening sedikit untuk mencari modal. Alhamdulillah berkat kesabaran ada sahabat baik dari kecil sanggup tolong bagi modal. Kira pinjam, lepas dapat balik kena bayar!

Kalau sesiapa berminat boleh emailkan sebarang pertanyaan tentang CERAMIC CLUB. Dah jadi sumber pendapatan tetap lebih kurang rm700/sebulan. Tidak perlu susah cari orang (DOWNLINE) macam MLM yang lain!

Sekian



Tuesday, March 10, 2009

PERTEMUAN DUA PEMIMPIN

Banyak persoalan timbul hari ini apabila dua pemimpin utama Dato' Seri Abdullah(Pak Lah) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) muncul di tempat yang sama di Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Dua blog, MSO dan DSAI melaporkan perkara ini.

Sudah tentu ada isu-isu semasa yang dibincangkan. Alhamdullillah dari satu sudut, ianya nampak baik untuk kemajuan umat Islam Malaysia. Dua pemimpin yang berbeza ideologi boleh duduk semeja untuk kepentingan Islam. MSO membuat andaian ada kemungkinan rundingan dijalankan, tetapi ianya di sangkal oleh Blog DSAI. Sekiranya ada rundingan dijalankan untuk kemajuan umat Islam, tidak ada salahnya. Malah ianya membawa kebaikkan untuk kita semua.

Petikan dari blog MSO:-
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Sejarah tercipta sekiranya mereka bersatu!

Sekian


Friday, March 6, 2009

PPSMI DAN EKONOMI YANG MALAP

Antara dua bahasa yang mana menjadi pilihan, English atau Melayu.

Memilih Bahasa Melayu/Malaysia bermakna kita mengukuhkan lagi Bahasa kita di medan antarabangsa. Cuba kita lihat ke arah negara-negara timur seperti Jepun dan Korea. Ramai di antara mereka yang tida fasih malah tidak langsung memahami bahasa asing seperti English. Mereka lebih selesa mengunakan bahasa ibunda mereka.

Pengunaan bahasa ibunda tidak menghalang mereka terus maju ke depan. Maka persoalan yang timbul ialah kenapa di Malaysia, perlu di ajar dalam bahasa asing. Tidak salah untuk belajar bahasa asing tetapi, biarlah ia dalam bidangnya tersendiri dan tidak mengganggu keseluruhan sistem pembelajaran seperti yang berlaku sekarang.

Isu bahasa sebenarnya, bukannya isu besar, Bagi AKU ada lebih banyak isu yang perlu diberi perhatian. Antaranya isu ekonomi yang kian meruncing. AKU secara personal, merasakan Kerajaan Pusat gagal memainkan peranan mereka. Mereka gagal memberitahu masyarakat Malaysia, yang kita sedang mengalami ekonomi yang malap dan harus bersiap sedia. Kerajaan lebih gemar "MENIPU" rakyat dengan mengatakan ekonomi kita kukuh. Jelaskanlah pada rakyat hakikat sebenar dan kita rakyat harus menerima hakikat walaupun ianya pahit.

Sekian.

Thursday, March 5, 2009

MENTERI YANG MANA SATU???

Seorang setiausaha politik UMNO telah di tahan berhubung isu rasuah melibatkan rm70000 Rabu lalu.
siapa menteri tersebut?
menurut malaysiakini menteri tersebut bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang bakal berlangsung.
sejak kebelakangan ini isu rasuah kian menjadi-jadi pulak!


Rasuah: Setiausaha politik menteri Umno ditahan SPRM
Mar 6, 09 12:08pm

Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.

Dia dibebaskan awal pagi semalam.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan setiausaha politik tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno.

Perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu, akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Sebelum ini, beberapa kes yang membabit dakwaan pemberian rasuah telah dibawa ke mahkamah.

Pada 22 Januari lalu, seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.

Pada tarikh yang sama juga, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Manakala di Ipoh pula, seorang naib ketua Umno bahagian Beruas tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 22 Januari lalu atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas.

sumber: malaysiakini
 

Blog Stats